Tuesday, June 28, 2011

Unggun Bersih

aku rasa terpanggil untuk post isu ni. aku bukanlah pak turut tapi aku nak tuntut

Unggun Bersih by A Samad Said

Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

2 comments:

adek dah besar said...

lu layan pak said jugak ke?

Azim Idris said...

aku ni kan jenis2 insan seni, segale macam layan.